Sunday, December 22, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki berbangsa Iban terima cahaya hidayah

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT, 25 Ogos – Seorang lelaki bangsa Iban telah memilih Islam sebagai agama barunya, setelah melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman yang berlangsung di Dewan Serba Guna Pejabat Bahagian Dakwah Daerah Belait, di sini, hari ini.

    Dengan pengislaman itu, Johnley anak Emong, 19, kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Awang Muhammad Azirul Luqman bin Abdullah Emong.

    Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, disusuli acara pengislaman dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada saudara baru yang disempurnakan oleh Penolong Ketua Bahagian Dakwah Daerah Belait, Hajah Salimah binti Haji Hassan.

    Dengan pengislaman Awang Muhammad Azirul Luqman, Bahagian Dakwah Daerah Belait telah mencatatkan seramai 48 orang yang memeluk Islam sejak awal Januari hingga hari ini. Manakala itu, tahun lalu Daerah Belait mencatatkan seramai 110 orang saudara baru.

    Hajah Salimah menyampaikan cenderahati kepada saudara baru, Awang Muhammad Azirul Luqman.

    Daripada jumlah saudara baru tahun ini, 29 orang adalah terdiri daripada bangsa Iban, diikuti bangsa Filipina seramai lapan orang, kemudian bangsa Cina seramai lima orang disusuli bangsa Dusun tiga orang dan bangsa Thailand serta lainnya masing-masing masih seorang.

    Jabatan itu menyatakan, setiap mualaf yang baru memeluk agama Islam dikehendaki menyertai kurus yang dianjurkan oleh Pusat Dakwah Islamiah iaitu Kursus Bimbingan Pengenalan selama 10 hari dan Kursus Skim Bimbingan Asas selama 14 hari di Bahagian Dakwah Daerah Belait kemudian Kursus Bimbingan Lanjut 1 dan 2 diadakan secara berasrama di Pusat Dakwah Islamiah Kampung Pulaie, Daerah Brunei dan Muara.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda