Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OGOS – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret, kelmarin, atas pertuduhan membantu melupuskan harta curi berupa komputer riba Dell Inspiron.
Tidak ada pengakuan direkodkan daripada Morsidi bin Haji Ya’akub, 35, yang didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di STKRJ Telisai, Tutong sekitar Ogos 2019.
Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Siti Mu’izzah binti Haji Sabli yang menjalankan pendakwaan membuat permohonan untuk tertuduh ditahan reman bagi siasatan lanjut.
Majistret Kamaliah Fadhilah binti Haji Ibrahim membenarkan permohonan tahan reman, dan menetapkan sebutan kes pada 27 Ogos 2019.