Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki berdepan dakwaan mencuri

    Oleh Fadley Faisal

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Dis – Seorang lelaki warga China yang dituduh mencuri wang tunai AS$2,000 daripada seorang lagi penumpang warga China semasa dalam penerbangan telah didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

    Tiada pengakuan diambil daripada Song Wu, 39, sementara siasatan polis masih lagi dijalankan.

    Timbalan Pendakwa Raya Pengiran Hajah Nor’ Azmeena binti Pengiran Haji Mohiddin dalam pendakwaannya menyatakan bahawa tertuduh mencuri wang tunai berkenaan dalam penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada petang 27 Disember 2017.

    Majistret Kanan Lailatul Zubaidah Hussain menetapkan kes didengar semula pada 30 Disember 2017.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda