WASHINGTON, 2 MEI – Seorang lelaki bersenjata membunuh dua orang dan mencederakan yang lain dengan teruk di sebuah kasino di negeri utara Wisconsin, AS semalam sebelum ditembak mati oleh polis, kata pihak berkuasa.
Polis mengatakan mereka mula-mula menerima panggilan pada pukul 7:28 malam mengenai penembakan di sebuah restoran di kompleks Oneida Casino, Radisson Hotel and Conference Center berhampiran Green Bay, yang dikendalikan oleh Oneida Nation.
“Suspek sudah meninggal dunia, polis telah menembak suspek sehingga tidak ada ancaman kepada orang ramai,” kata Leftenan Kevin Pawlak dari pejabat Sheriff Brown County kepada wartawan selepas tengah malam. – AFP