Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki bersenjata bunuh empat pekerja wanita

    PESHAWAR, PAKISTAN, 22 FEB – Empat pekerja bantuan wanita telah ditembak mati hari ini di bahagian barat laut Pakistan yang bergolak, kata polis, ketika gelombang baharu keganasan pelampau menggegarkan perbatasan Afghanistan.

    Kakitangan bantuan telah diserang oleh dua lelaki bersenjata ketika mereka memandu di sebuah kampung di daerah Utara Waziristan, menurut ketua polis tempatan, Shafiullah Gandapur, yang berkata hanya seorang penumpang yang terselamat serangan itu.

    “Tidak ada yang mendakwa bertanggungjawab atas serangan tersebut setakat ini, namun ia sudah pasti tindakan pengganasan,” ujarnya kepada AFP. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda