Lelaki bersenjata bunuh polis, 10 tahanan terlepas

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 2 Jan – Lelaki-lelaki bersenjata yang bersenjatakan raifal automatik dan pistol menyerbu penjara Bahrain semalam, membunuh seorang pegawai polis dan membebaskan 10 orang tahanan yang telah disabitkan dengan kesalahan pengganasan, menurut polis.

Serangan ke atas penjara Jaw memperlihatkan penerusan ketara kekacauan yang semakin membahang yang melanda negara pulau itu di perairan pantai Arab Saudi sejak bantahan Kebangkitan Arab 2011. Tidak ada kumpulan mengaku bertanggung jawab di atas serangan itu. Serangan itu telah mencetuskan usaha memburu di seluruh pulau itu semalam. Kekeliruan tentang kejadian melarikan diri di penjara Jaw berterusan beberapa jam selepas itu, apabila Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan pernyataan-pernyataan di Twitter dalam bahasa Arab dan Inggeris yang bercanggah antara satu sama lain.

Awal pagi hari ini, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan yang mengatakan serangan telah dilancarkan oleh ‘empat hingga enam anggota sel pengganas bersenjata raifal automatik dan pistol.” – AP