Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Lelaki bersenjata culik tiga pekerja Cina

    LAGOS, 6 JAN – Lelaki bersenjata telah menculik tiga pekerja China di sebuah projek hidro-elektrik di tengah Nigeria, dengan dua pekerja tempatan terbunuh selepas pertempuran antara kumpulan itu dan pasukan keselamatan, kata polis hari ini.

    Kumpulan penjenayah yang meminta bayaran tebusan sering menyasarkan pekerja ekspatriat di projek infrastruktur di bahagian negara paling ramai penduduk di Afrika.

    Penyamun bersenjata yang disyaki pada Selasa lalu menyerang “pekerja yang terdiri daripada beberapa ekspatriat China dan kakitangan tempatan” di projek Sino-Hydro di negeri Niger yang sedang bekerja di menara talian penghantaran, kata jurucakap polis negeri, Wasiu Abiodun dalam satu kenyataan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...