Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki ‘bertelekung’ curi telefon jemaah wanita

    SHAH ALAM, 29 DIS – Seorang lelaki yang menyamar dengan memakai telekung untuk mencuri di dalam masjid didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mencuri telefon bimbit milik dua jemaah wanita pada minggu lepas. 

    Mohamad Amirul Shafiq Abdullah, 20, mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut yang didakwa dilakukan di dua buah masjid di sini.

    Namun Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali menangguhkan hukuman terhadap Mohamad Amirul Shafiq bagi menunggu laporan sosial memandangkan tertuduh merupakan pesalah muda. – Bernama

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda