SINGAPURA, 26 FEB – Seorang lelaki British dipenjarakan dua minggu hari ini kerana melanggar peraturan ketat koronavirus Singapura dengan meninggalkan bilik hotel mewahnya ketika sedang dikuarantin untuk bertemu dengan tunangnya.
Nigel Skea juga didenda Sg$1,000 atas pelanggaran itu, manakala Agatha Maghesh Eyamalai, warga Singapura yang kini sudah menjadi isterinya – dipenjarakan seminggu kerana membantunya.
Semasa menjatuhkan hukuman, hakim Jasvender Kaur mengatakan pasangan itu ‘terlalu menurut perasaan kerana mereka sudah lama tidak berjumpa. Namun mengatakan gangguan dalam perhubungan tidak dapat dielakkan semasa pandemik dan mahkamah mesti memberikan ‘peringatan jelas’ bahawa pelanggaran seumpamanya tidak akan ditoleransi.
Menurut fakta kes, Skea menyelinap keluar dari biliknya dan bermalam di sebuah bilik lain yang ditempah tunangnya di hotel yang sama, namun helahnya dikesan pagi esoknya oleh pengawal hotel. – AFP