Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki Britain tak pakai pelitup muka dipenjara

    SINGAPURA, 19 OGOS – Seorang lelaki Britain telah dijatuhkan hukuman penjara selama enam minggu di Singapura kerana tidak memakai pelitup muka selain menyerang polis, kata para pegawai hari ini.

    Kota yang melaporkan penularan ringan jangkitan COVID-19 telah mengambil pendirian tegas terhadap orang awam yang melanggar peraturan virus dan terdapat beberapa kes warga asing telah dihukum.

    Benjamin Glynn telah ditangkap selepas rakaman mengenai dirinya tidak memakai pelitup muka dalam kereta api pada Mei menjadi tular.

    Lelaki berusia 40 tahun itu turut menyerang polis sehingga membawa kepada penangkapannya dan enggan memakai pelitup muka semasa muncul di sebuah mahkamah bulan lalu.

    Menurut laporan, Glynn semasa di mahkamah turut mencarut dengan menyifatkan prosiding itu ‘tidak masuk akal’ dan ‘jijik’ sambil mengatakan memakai pelitup muka tidak berkesan dalam mencegah penularan COVID-19.

    Ini mencetuskan hakim untuk mengarahkan penilaian psikiatri namun Glynn dilihat cukup layak untuk dibicarakan.

    Kelmarin, dia telah disabit bersalah kerana melanggar peraturan COVID-19 dan kelakuannya terhadap polis selain menyebabkan gangguan awam.

    Seorang pegawai mahkamah mengesahkan hukuman penjara itu kepada AFP, hari ini, berkata hukumannya dilaksanakan pada 19 Julai – tarikh di mana Glynn pertama kali direman. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda