Monday, March 17, 2025
28.4 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Lelaki British didakwa tembak mati kanak-kanak berusia 9 tahun

LONDON, 2 OKT – Seorang lelaki British akan dihadapkan di mahkamah pada Isnin ini atas dakwaan menembak mati seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di rumahnya sendiri, satu serangan yang mengejutkan negara itu dan penduduk tempatan menyalahkan kumpulan saingan.

Thomas Cashman, 34, dari West Derby di pinggir bandar Liverpool, didakwa membunuh Olivia Pratt-Korbell pada 22 Ogos lalu, menurut kenyataan polis. Dia juga didakwa atas cubaan membunuh Cheryl Korbel, 46, ibu kanak-kanak itu, dan seorang perompak, Joseph Nee.

Detektif berkata Olivia berdiri di belakang ibunya, yang telah membuka pintu rumah mereka selepas mendengar bunyi tembakan dari luar. Dia cuba menutup pintu apabila perompak merempuh masuk ke rumah sambil dikejar oleh penyerang, yang kemudian melepaskan tembakan ke arah lelaki tersebut.

Si ibu terkena di pergelangan tangan dan Olivia di dada. Ketika gadis itu terbaring hampir mati, kawan menghantar mangsa sasaran, perompak, ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ia adalah tembakan maut ketiga di kawasan tersebut dalam seminggu, dan membawa kepada gesaan meminta tindakan lebih tegas diambil terhadap senjata api.

Seorang lagi suspek, Paul Russell, 40, dituduh sebagai rakan sejenayah Cashman. Kedua-duanya akan dihadapkan ke mahkamah di Liverpool pada hari Isnin. – AFP

Gmbar fail menunjukkan tempat kejadian yang berlaku di pinggir bandar Liverpool pada 22 Ogos lalu.
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda