Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki British disabit bersalah pembunuhan di Thailand

    BANGKOK, 31 MEI – Sebuah mahkamah Thailand hari ini mensabitkan seorang lelaki British bagi pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemui dikerat-kerat dalam beg pakaian pada 2014.

    Shane Kenneth Looker dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pembunuhan pekerja seks berusia 27 tahun, Laxami Manochat di sebuah bilik hotel dan menghapuskan mayatnya.

    Polis berkata, lelaki berusia 51 tahun itu telah digambar bersama Laxami meninggalkan sebuah bar di Bangkok pada 1 November 2014 sebelum mereka dilihat bersama-sama memasuki sebuah hotel.

    Hanya Looker dilihat meninggalkan premis itu, dengan seorang tukang angkut melaporkan beg besarnya sangat berat sehingga memerlukan dua orang untuk mengangkatnya, dan seorang pembersih hotel berkata, cadar bilik itu mempunyai kesan darah.

    “Defendan didapati bersalah terhadap dakwaan-dakwaan dan dijatuhi hukuman penjara 16 tahun tetapi disebabkan pengakuannya, mahkamah mengurangkan separuh hukumannya kepada lapan tahun tanpa penangguhan,” seorang pegawai mahkamah di pekan barat Kanchanaburi berkata.

    Looker diarahkan untuk membayar pampasan kira-kira 10 juta baht (AS$300,000) termasuk faedah kepada ibu Laxami, serta dua juta baht serta faedah kepada anak perempuan mangsa, seorang lagi pegawai mahkamah berkata. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda