Monday, December 30, 2024
24.4 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Lelaki buang tumor kembali berjalan

5 tahunBANDAR HO CHI MINH, 2 Februari 2012 – Seorang lelaki yang mempunyai ketumbuhan seberat 82 kg pada kaki kanannya yang sudah dibuang lebih tingga minggu yang lalu kini sudah mula berdiri dan berjalan dengan sebelah kaki. Dia berterima kasih kepada latihan fizikal yang disediakan oleh hospital FV di bandar Ho Chi Minh.

Pada 27 Januari, Nguyen Duy Hai berkata melalui telefon: “Ini cuti Tahun Baru Lunar saya yang pertama di hospita. Tetapi ia mungking Tahun Baru paling gembira yang pernah saya rasakan kerana kini saya mampu berjalan menggunakan kaki kiri dengan menggunakan alat ‘walker’ untuk orang kurang upaya.”

Hai pulih dengan menakjubkan selepas regimen pembedahan khas yang disediakan oleh FV dan mempunyai semangat yang kuat, menurut anesthesiolologist FV, Dao Thi My Van, yang mengambil bahagian dalam operasi yang diketuai oleh pakar bedah Amerika, McKay McKinnon pada 5 Januari.

Hospital tidak lagi memberikannya antibiotik, jelas Van.

m9 b 3_110217

Lelaki berusia 32 tahun itu, yang tidak pernah menjangka bahawa dia mampu berjalan keluar dari rumahnya lagi dengan sendiri, namun kini berasa yakin tentang masa depannya.

“Saya akan cuba sedaya upaya untuk melakukan senaman terapi fizikal agar saya boleh berjalan dengan tongkat tidak lama lagi,” kata Hai.

Sebaik sahaja luka saya sembuh sepenuhnya, saya akan mendaftar untuk kursus vokasional di tempat saya untuk belajar bagaimana untuk membaiki telefon agar saya dapat meyara hidup. Saya tidak mahu menjadi beban kepada ibu saya lagi.”

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda