TEHRAN, 11 NOV – Pihak berkuasa Iran hari ini telah melaksanakan hukuman mati secara terbuka terhadap seorang lelaki yang telah disabitkan membunuh seorang doktor di bahagian barat daya negara itu, menurut pihak kehakiman.
“Hukuman qisas (pembalasan) terhadap pembunuh Dr. Davoud telah dilaksanakan secara terbuka pagi ini di Yasuj,” bandar Kohgiluyeh dan Boyer-Ahmad, lapor portal rasmi kehakiman, Mizan Online.
Keputusan itu dibuat selepas penilaian kesihatan mental terhadap defendan dan Mahkamah Agung mengekalkan hukuman tersebut, menurut pihak kehakiman.
“Pelaksanaan hukuman itu merupakan mesej kepada mereka yang berhasrat mengganggu keselamatan masyarakat dan warganegara,” kata pendakwa wilayah, Vahid Mousavian, dipetik oleh Mizan. – AFP

