Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki bunuh paderi dengan parang mula dibicara di mahkamah Sepanyol

    MADRID, 6 OKT – Sebuah mahkamah di Sepanyol hari ini memulakan perbicaraan terhadap seorang lelaki Maghribi yang disyaki membunuh seorang pegawai gereja dalam serangan menggunakan parang di dua buah gereja pada tahun 2023, kejadian yang mengejutkan seluruh negara.

    Pihak pendakwa menuntut hukuman penjara 50 tahun terhadap Yassine Kanjaa, yang didakwai membunuh seorang sakristan, serta pertuduhan percubaan membunuh dalam beberapa siri serangan di bandar pelabuhan selatan Algeciras.

    Menurut kertas pertuduhan tahun 2024, pada 25 Januari 2023, tertuduh ‘mengambil sebilah parang besar’ dari rumahnya di Algeciras dan menumbuk seorang pelajar berusia 20 tahun di jalanan.

    Dia kemudian didakwa memasuki gereja San Isidro ketika misa sedang berlangsung dan menyerang seorang paderi berusia 75 tahun, mencederakan lehernya dengan teruk menggunakan parang tersebut.

    Pendakwa raya mendakwa Kanjaa kemudiannya menuju ke sebuah lagi gereja, mengejar seorang sakristan dan membunuhnya dengan beberapa tetakan di kepala dan leher.

    Mangsa merupakan seorang lelaki berkeluarga dan bapa kepada dua anak.

    Polis menahan Kanjaa selepas dia gagal memasuki gereja ketiga yang ketika itu ditutup. – AFP

    Dua pegawai penyiasat Polis Kebangsaan Sepanyol berdiri di hadapan gereja Nuestra Señora de La Palma di Dataran Alta, selatan Sepanyol, pada 27 Januari 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda