Tuesday, July 2, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    Lelaki cedera dilanggar roller coaster

    CINCINNATI, 21 JUN – Seorang lelaki telah memasuki kawasan larangan untuk mengambil kuncinya yang tercicir di taman tema di Ohio mengalami cedera parah apabila dilanggar roller coaster keluli, kata polis dan pegawai taman.

    Lelaki berusia 38 tahun itu telah memasuki kawasan berpagar di Pulau Kings semalam, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh taman berhampiran Cincinnati. Dia ditemui terlantar di atas tanah dan mengalami kecederaan, tetapi butiran mengenai keadaannya tidak didedahkan. Dia kemudiannya telah dirawat di hospital.

    Ketika menaiki Banshee iaitu sebuah roller coaster terbalik, kunci lelaki itu telah tercicir. Disebabkan itu dia ingin untuk mengambil kembali kunci tersebut dengan memasuki kawasan larangan. Akan tetapi dia telah dilanggar oleh roller coaster yang sedang bergerak ketika itu, menurut polis Mason.

    Menurut laman web taman itu, Banshee ialah roller coaster keluli terbalik yang terpanjang di dunia dan mencapai kelajuan sehingga 109 kilometer (km) sejam.

    Roller coaster tersebut akan ditutup sementara bagi memudahkan siasatan. Bagaimanapun, tiada kecederaan lain dilaporkan.

    Taman tersebut terletak di Mason, iaitu kira-kira 38km dari timur laut Cincinnati. – AP

    Web Envato

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jangka hayat Australia menurun buat kali pertama

    CANBERRA, 2 JULAI - Jangka hayat Australia turun buat kali pertama dalam hampir 30 tahun semasa pandemik COVID-19, dedah satu laporan kerajaan. Institut Kesihatan dan...