Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki Cina lafaz Syahadah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OKT – Seorang lelaki berbangsa Cina, Chua Kuang Liang, berumur 27 tahun, hari ini, telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah dalam Majlis Pengislaman yang berlangsung di Dewan Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis Madang.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyaksikan lafaz Dua Kalimah Syahadah saudara baharu itu, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, dan Datin.

    GAMBAR-GAMBAR SERAHAN PDI, KHEU

    Dengan lafaz dua kalimah syahadah, beliau kini dikenali sebagai Muhammad Yusuf Liang bin Abdullah Chua.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan lafaz Dua Kalimah Syahadah oleh saudara baharu,  yang disempurnakan di hadapan pegawai-pegawai dari Bahagian Pengembangan Dakwah, Pusat Dakwah Islamiah.

    Muhammad Yusuf Liang melafazkan Dua Kalimah Syahadah dalam Majlis Pengislaman, hari ini

    Ia turut disusuli dengan penyampaian cenderahati oleh Tetamu Kehormat kepada saudara baharu yang diraikan.

    Majlis berkenaan turut diserikan dengan Dikir Marhaban yang diiringi dengan taburan bunga rampai, sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Selamat bagi memberkati majlis.

    Sehingga September tahun ini, seramai 194 orang telah memeluk agama Islam di Negara Brunei Darussalam, mencerminkan keberkesanan usaha dakwah berterusan serta sokongan masyarakat terhadap individu yang memilih Islam sebagai pegangan hidup baharu.

    GAMBAR SERAHAN PDI, KHEU

    Majlis sedemikian menjadi wadah memperkukuh ukhuwah Islamiah dan membuktikan bahawa Islam adalah agama yang membawa kedamaian, kasih sayang serta kesejahteraan kepada seluruh umat manusia.

    Selain memperlihatkan komitmen Kementerian Hal Ehwal Ugama, khususnya melalui Pusat Dakwah Islamiah, dalam memberikan bimbingan dan sokongan berterusan kepada saudara baharu agar terus teguh menghayati serta mengamalkan ajaran Islam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda