Tuesday, March 18, 2025
22.7 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Lelaki culik, bunuh budak perempuan diberkas

PARADISE, TEXAS, 4 DIS – Seorang budak perempuan berusia 7 tahun dari Texas telah ditemui mati, dua hari selepas dilaporkan hilang, dan seorang pemandu hantaran FedEx telah ditahan, kata pihak berkuasa.

Mayat Athena Strand ditemui pada Jumaat dan Tanner Lynn Horner, 31, ditahan atas dakwaan menculik dan membunuh setelah mengaku membunuh budak perempuan itu dan memberitahu pihak berkuasa di mana lokasi mayatnya, menurut Syerif Wise County, Lane Akin.

Horner masih ditahan semalam dengan ikat jamin AS$1.5 juta. Rekod penjara tidak menyenaraikan peguam yang boleh bercakap bagi pihaknya.

Akin berkata pada sidang media bahawa Horner telah ditangkap berdasarkan maklumat yang diterima pihak berkuasa, yang dikatakan telah membuat hantaran ke rumah budak perempuan sebelum dia hilang.

Horner tidak mengenali keluarga budak itu, menurut Akin, yang enggan membincang motif jenayah.

“Kami tidak boleh membincangkan kandungan pengakuan, tetapi saya boleh berkata kami telah mendapatkan pengakuan daripada Horner.”

Ibu tiri budak perempuan itu telah melaporkan kehilangannya pada Rabu dari rumah keluarga berdekatan Paradise di barat laut kawasan metropolitan Dallas-Fort Worth.

“Mayatnya ditemui berdekatan bandar Boyd, kira-kira 9 kilometer dari tenggara Paradise,” kata Akin. – AP

Gambar daripada Oejabat Syerif Wise County menunjukkan Tanner Lynn Horner. – AP
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda