HARARE, 17 Ogos 2007 – Seorang lelaki Zimbabwe telah mencuri sebuah bas kerana dia perlukan pengangkutan untuk mengambil lesen memandunya, lapor media negeri itu.
Akhbar The Herald berkata Stead Mashushire menunggu sehingga bas diletakkan di tengah Harare, di mana pemandu itu pergi membeli makanan, sebelum mengarahkan semua penumpang keluar dan memandu bas itu.
Pemandu bas itu dan orang lain mengejar bas itu dan Mashushire telah ditangkap kira-kira 7 kilometer dari tempat kejadian.
Dia mengakui di mahkamah bahawa dia mencuri bas itu dan berkata dia memerlukan pengangkutan untuk mengambil lesen memandunya. Mahkamah mengarahkan Mashushire untuk menjalani ujian kejiwaan. Dia masih dalam tahanan sehingga hukuman dijatuhkan pada 29 Ogos.