Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki didakwa akibat cubaan bunuh di Selatan Brisbane

    SYDNEY, 8 JUN – Seorang lelaki telah didakwa cubaan membunuh selepas dituduh menembak jirannya ketika berlaku pertengkaran di selatan Brisbane, Australia.

    Perkhidmatan polis di negeri Queensland berkata hari ini di mahkamah, lelaki tersebut akan didakwa akibat pertengkaran berlaku antara dua lelaki yang saling mengenali di kawasan Bethania, 28 km tenggara pusat bandar Brisbane, kira-kira sebelum jam 6 petang kelmarin.

    Semasa pertengkaran itu berlaku, seorang lelaki berumur 62 tahun didakwa telah menembak seorang lelaki berumur 35 tahun dua kali, iaitu sekali di bahu dan sekali di dada.

    Lelaki berumur 35 tahun itu dibawa ke hospital dan polis berkata keadaannya hari ini telah stabil.

    Lelaki berumur 62 tahun itu ditahan dan didakwa atas satu pertuduhan cubaan membunuh, melakukan perbuatan yang berniat menyebabkan kecederaan parah dan gagal menyimpan senjata dengan selamat.

    Akhbar News Corp Australia melaporkan kedua-dua lelaki itu merupakan jiran. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda