Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Lelaki didakwa atas serangan jarum misteri

    MARSEILLE, 6 JUN – Pendakwa raya Perancis kelmarin telah mendakwa seorang lelaki berusia 20 tahun di selatan Perancis berhubung siri serangan jarum baharu yang membingungkan polis dan mencemaskan pihak berkuasa sejak awal tahun ini.

    Lelaki tersebut ditahan dan didakwa kelmarin, dua hari selepas kira-kira 20 orang melaporkan kecederaan akibat ditusuk jarum semasa penggambaran konsert televisyen di pantai Riviera di Toulon pada petang Jumaat lalu.

    Manakala itu, seorang wanita dilaporkan telah dimasukkan ke hospital dan pihak polis terpaksa dihubungi selepas laporan mengenai tusukan itu menyebabkan orang ramai panik.

    Suspek telah dikenal pasti oleh dua orang wanita yang mengatakan bahawa dia cuba menyerang mereka, menyebabkan dia didakwa dengan keganasan bersenjata yang berat dan terancang, kata pendakwa raya di Toulon.

    “Pada peringkat siasatan sekarang, suspek menafikan sepenuhnya dakwaan itu, tetapi berdasarkan keterangan saksi, pejabat pendakwa percaya terdapat bukti yang mencukupi untuk membuka kes dan mengemukakannya kepada hakim (untuk didakwa),” pendakwa raya Toulon Samuel Finielz berkata.

    Serangan di Toulon berlaku semasa rakaman langsung rancangan The Song of the Year bagi saluran TF1, yang disiarkan pada malam Sabtu lalu.

    Sejak awal tahun ini, sekurang-kurangnya 100 insiden telah dilaporkan mengenai anak muda yang mengalami kecederaan akibat jarum di kelab malam dan perayaan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...