Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki didakwa bunuh anak damit perempuan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OGOS – Seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh yang melibatkan kematian seorang anak damit perempuan.

    Timbalan Pendakwa Raya Rozaimah binti Abdul Rahman mengemukakan pertuduhan itu yang mendakwa Muhamad Aisamuddin bin Haji Tajudin telah membunuh anak damit perempuan berusia 10 bulan di bilik tidur sebuah rumah di Daerah Temburong antara 21 dan 22 Ogos.

    Tuduhan tersebut boleh membawa hukuman mati.

    Majistret Kanan Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menangguhkan kes tersebut sehingga 7 September depan bagi memberi laluan untuk siasatan lanjut dan memerintahkan defendan ditahan reman.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda