Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki didakwa mengintip untuk Israel dihukum gantung

    TEHRAN, 28 MEI – Iran menggantung seorang lelaki yang disabit bersalah mengintip untuk Israel, lapor media rasmi negara itu hari ini.

    Menurut laporan, Pedram Madani telah digantung selepas Mahkamah Agung Iran mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan oleh mahkamah lebih rendah.

    Agensi berita rasmi IRNA melaporkan bahawa Madani telah mengunjungi Israel dan bertemu pegawai perisikan Mossad untuk menyerahkan maklumat sulit mengenai bangunan di Iran yang menempatkan peralatan ‘infrastruktur’.

    Laporan itu tidak memberikan huraian lanjut tetapi menyatakan Madani menerima mata wang asing dan mata wang kripto sebagai balasan. Ia turut menyebut Madani pernah bertemu pegawai Mossad di kedutaan Israel di Belgium.

    Agensi keselamatan Israel tidak memberikan sebarang komen.

    Madani, 41, telah ditahan pihak berkuasa pada tahun 2020.

    Pada April lalu, Iran turut melaksanakan hukuman mati terhadap seorang lelaki yang disabitkan bersalah bekerjasama dengan Mossad dan terlibat dalam pembunuhan seorang kolonel Pengawal Revolusi Iran di Tehran pada tahun 2022. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda