Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki didakwa rompak pekerja asing

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JUN – Dua orang warga tempatan telah memecah masuk sebuah rumah pekerja baru-baru ini, menyerang seorang warga asing, sementara salah seorang daripada mereka menghunus pisau, dan merompak barang-barangnya.

    Inilah gambaran dalam pertuduhan yang dihadapkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rozaimah Abdul Rahman terhadap Mohd Hairul Azmi bin Jumat, 38, dan Mohammad Najib Na’imullah bin Haji Rosli, 30, apabila mereka dihadapkan di Mahkamah Majistret, hari ini.

    Pertuduhan mendakwa kedua-dua lelaki itu melakukan rompakan berkumpulan, sementara Mohd Hairul bersenjatakan pisau, menyerang lelaki warga Bangladesh berusia 29 tahun di kuarters pekerjanya di Kampung Sengkurong, melarikan telefon bimbit mangsa dan wang tunai berjumlah $221 pada pukul 1:30 pagi, 27 Jun lalu. Majistret Kanan Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman tidak merekodkan sebarang pengakuan daripada defendan bagi memberi laluan kepada pihak polis menyelesaikan siasatan, mengarahkan mereka terus ditahan reman dan menangguhkan kes sehingga 5 Julai depan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda