Wednesday, October 16, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki didenda $20,000 seludup produk vape

    Oleh Nour Maghfirah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OKT – Seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun didenda $20,000 selepas mengaku bersalah atas cubaan menyeludup pelbagai produk vape.

    Asnawi bin Pungut perlu menjalani hukuman penjara selama 13 bulan jika gagal membayar denda.

    Pertuduhan dikemukakan terhadap defendan berikutan insiden yang berlaku pada 23 Februari, di Pos Kawalan Sungai Tujoh di Kuala Belait, di mana pegawai kastam merampas 156 pod vape dan satu botol jus vape yang diseludupinya ke negara ini tanpa kebenaran.

    Pemangku Majistret Kanan Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid mengarahkan produk vape dimusnahkan. Kenderaan defendan dan telefon bimbit yang terlibat dalam kes itu akan dikembalikan kepadanya.

    Gambar hiasan. – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda