Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki didenda $6,200 miliki rokok seludup

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JAN – Mahkamah Majistret di sini, hari ini, telah memerintahkan seorang lelaki warga Indonesia membayar denda $6,200 kerana memiliki rokok seludup.

    Antarmy Scorpio, 44, akan terpaksa menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda tersebut.

    Mahkamah dimaklumkan oleh pendakwa kastam bahawa defendan telah ditangkap oleh pegawai kastam apabila didapati membawa sembilan karton dan 10 peket rokok semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 4 April 2021.

    Majistret Kanan Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman yang mengendalikan prosiding di mahkamah Kuala Belait tersebut turut mengarahkan supaya kesemua rokok yang dirampas itu untuk dimusnahkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda