Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki dihukum mati atas kes bunuh dua mangsa

    QALA I NAW, AFGHANISTAN, 16 OKT – Pihak berkuasa Taliban melaksanakan hukuman mati secara terbuka terhadap seorang lelaki di Afghanistan barat hari ini, selepas dia disabitkan dengan kes bunuh dua mangsa, menurut kenyataan Mahkamah Agung negara itu.

    Mahkamah Agung memaklumkan lelaki berkenaan menjalani hukum mati di hadapan orang ramai di sebuah stadium sukan di Qala-I-Naw, ibu negeri Badghis.

    Mahkamah menyatakan lelaki berkenaan dijatuhkan hukuman balas kerana membunuh seorang lelaki dan seorang wanita, selepas kesnya ‘diperiksa dengan teliti dan berulang kali’.

    Orang awam Afghanistan telah dijemput menghadiri pelaksanaan hukuman melalui notis rasmi yang disebarkan secara meluas kelmarin. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda