Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lelaki dikehendaki bantu siasatan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JAN – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga tempatan yang dikehendaki bagi membantu siasatan.

    Menurut kenyataan berkenaan, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Bandar Seri Begawan, Daerah Polis Brunei dan Muara bagi mengesan Siliman Anak Sawal (gambar) untuk membantu siasatan.

    Sehubungan itu, orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lebih lanjut boleh melayari laman sesawang PPDB, www.police.gov.bn.

    Bagi mereka yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan lelaki berkenaan untuk menghubungi Balai Polis Bandar Seri Begawan, Daerah Polis Brunei dan Muara melalui talian 2459500 sambungan 490 atau 333, talian kecemasan polis 933 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...