Friday, December 6, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki dipenjara 8 tahun kerana memandu secara berbahaya

    TOKYO, 29 NOV – Seorang lelaki berusia 23 tahun dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun oleh mahkamah di Jepun kelmarin atas kesalahan memandu secara berbahaya yang menyebabkan kemalangan maut pada tahun 2021.

    Menurut keputusan Mahkamah Daerah Oita, lelaki itu memandu sebuah kereta pada kelajuan 194 kilometer sejam (kmsj), jauh melebihi had laju 60kmsj yang dibenarkan. Dia telah melanggar sebuah kereta yang sedang membelok ke kanan di persimpangan jalan pada 9 Februari 2021 di Oita, kawasan di selatan Jepun, yang mengakibatkan kematian pemandu kereta tersebut, seorang lelaki berusia 50 tahun.

    Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwa raya menaikkan tuduhan dari memandu cuai yang mengakibatkan kematian kepada memandu dengan bahaya yang menyebabkan kematian pada Disember 2022. Mahkamah menyatakan bahawa kes ini memenuhi kriteria “kelajuan tinggi yang tidak terkawal” namun tidak mengakui dakwaan pihak pendakwa yang mengatakan pemandu itu cuba menghalang kereta lain daripada membelok ke kanan.

    Pihak pendakwa sebelum ini telah memohon hukuman penjara selama 12 tahun. Nama tertuduh dirahsiakan oleh mahkamah. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda