Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki dipenjara bunuh, makan mayat ibu

    MADRID, 17 JUN – Mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun lima bulan terhadap lelaki yang digelar ‘Kanibal Las Ventas” selepas didapati bersalah mencekik ibunya, sebelum mencincang mayat mangsa dan memakannya, pada 2019.

    Alberto Sanchez Gomez, 28, membunuh ibunya sebelum mengerat mayat dan memakannya selama lebih 15 hari dalam kejadian pada awal tahun 2019.

    Mangsa yang tidak disebut nama dalam pernyataan mahkamah dikenal pasti oleh media tempatan sebagai Maria Soledad Gomez.

    Alberto Sanchez, ditahan pada Februari 2019 dan perbicaraan ter-hadapnya dimulakan pada April tahun sama.

    Mahkamah memerintahkan lelaki itu dihukum penjara 15 tahun kerana membunuh dan lima bulan lagi kerana melakukan kekejaman terhadap mayat ibu kandungnya.

    Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa bertengkar dengan ibunya yang berusia 69 tahun, di flat didiami mereka di Ventas dalam kejadian pada tahun 2019.

    Ketika pergaduhan, Albert mencekik ibunya sebelum mengheret mangsa ke bilik tidurnya.

    Tertuduh kemudiannya menggunakan gergaji dan dua pisau dapur untuk memotong mayat mangsa.

    Tertuduh juga didakwa memakan mayat mangsa selama 15 hari dan menyimpan beberapa bahagian lain di dalam bekas plastik dalam peti sejuk serta membuang bahagian badan lain ke dalam tong sampah dan diberi kepada anjing.

    Polis menemui mayat mangsa di dalam bekas plastik selepas mangsa tidak dilihat jiran selama sebulan. – AFP

    Alberto Sanchez semasa perbicaraan kerana didakwa membunuh ibunya dan memakan mayatnya selama 15 hari pada 2019. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda