Friday, February 7, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki dipenjara sabotaj landasan kereta api

    BERLIN, 29 MAC – Mahkamah Jerman hari ini menjatuhi hukuman penjara hampir 10 tahun ke atas seorang lelaki kerana disabit bersalah mengeluarkan ratusan skru daripada landasan kereta api berkelajuan tinggi dalam usaha untuk mencetuskan kemalangan.

    Mahkamah negeri di Wiesbaden menjatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 10 bulan ke atas lelaki Jerman berusia 52 tahun, lapor agensi berita Jerman dpa.

    Menurut pendakwa, lelaki itu mengeluarkan lebih daripada 250 skru daripada landasan kereta api berkelajuan tinggi Frankfurt-Cologne, salah satu laluan paling penting di Jerman, pada Mac 2020.

    Lebih daripada 400 kereta api menggunakan landasan itu dalam tempoh beberapa hari sebelum dua pemandu mendapati ada sesuatu yang tidak kena. Satu pemeriksaan mendapati landasan sepanjang 80 meter telah menjadi longgar.

    Pakar memberitahu perbicaraan selama dua bulan bahawa sebuah kereta api mungkin tergelincir jika lima hingga 30 kereta api telah melalui tempat itu, mencetuskan nahas di mana ramai orang akan terbunuh.

    Mahkamah mendapati defendan mempunyai ‘keinginan melampau untuk disanjungi oleh orang lain.’ Pakar psikiatri mendiagnosis gangguan personaliti semasa perbicaraan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda