Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki dipenjara, sebat masuki Brunei tanpa pasport

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OGOS – Mahkamah Majistret hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara lima bulan berserta tiga kali sebatan ke atas seorang lelaki Malaysia yang memasuki Brunei tanpa menggunakan pasport dan tidak melalui pusat pemeriksaan sempadan.

    Darren anak Lawan ditangkap semasa rondaan oleh pegawai pencegahan kastam di sekitar Kampung Belayang di Temburong pada jam 12:25 pagi 23 Julai lalu.

    Disebabkan gagal mengemukakan pasportnya, dia dihantar untuk menjalani pengasingan mandatori selama 14 hari.

    Selepas keluar, tertuduh diserahkan kepada Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan yang mengesahkan bahawa dia telah memasuki negara melalui Limbang dan berakhir di Kampung Belayang, Temburong.

    Pendakwa Imigresen, Adi Yusra Adanan juga mengesahkan bahawa keputusan ujian COVID-19 tertuduh adalah negatif setelah keluar dari pengasingan dan semasa dalam tahanan Imigresen.

    Kes berkenaan dikendalikan oleh Majistret Mohammad Marzuqi Sabtu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda