Monday, May 12, 2025
29.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki disabit rogol dihukum mati

    TEHRAN, 11 MEI – Pihak berkuasa Iran hari ini melaksanakan hukuman mati terhadap seorang lelaki yang disabitkan kesalahan merogol seorang wanita muda di wilayah utara Semnan, menurut badan kehakiman negara itu.

    Pesalah terbabit, yang tidak dinamakan, “telah dihukum gantung sampai mati,” menurut laman web Mizan Online milik badan kehakiman, tanpa memberikan butiran lanjut mengenai kejadian tersebut.

    Laporan Mizan menyatakan bahawa kes itu telah melalui prosedur perundangan yang diperlukan. Republik Islam Iran mengekalkan hukuman mati bagi beberapa jenayah, termasuk rogol dan serangan seksual.

    Menurut kumpulan hak asasi seperti Amnesty International, Iran merupakan negara kedua tertinggi di dunia selepas China dalam melaksanakan hukuman mati.

    Pada Disember lalu, pihak berkuasa Iran turut melaksanakan hukuman mati terhadap seorang lelaki yang disabitkan menyerang puluhan wanita di Tehran. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda