Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mac – Seorang lelaki disabitkan kesalahan selepas perbicaraan oleh Mahkamah Majistret di sini, kelmarin, atas pertuduhan melakukan curi.
Hukuman terhadap Mohd Rozaiman bin Abdul Sara akan diputuskan pada 18 April 2019 oleh Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid yang berpuas hati dengan pihak pendakwaan yang berjaya buktikan kes terhadap tertuduh melampaui keraguan munasabah.
Pihak pendakwaan memanggil tiga orang saksi iaitu tiga rakan sejenayah tertuduh untuk memberi keterangan. Ketiga-tiga saksi ini turut berdepan pertuduhan sama, dan telah pun mengaku bersalah sebelum ini.
Tertuduh didapati mencuri empat biji bateri, beberapa kabel dan 29 kepingan aluminium milik Jabatan Kerja Raya dari Wasai Mapan, Lamunin di Dearah Tutong pada 22 Julai 2017.
Kes didakwa Timbalan Pendakwa Raya, Dr Mohammad Hussin Ali bin Idris.