Monday, May 12, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki disabitkan kesalahan merogol dihukum mati di Iran

    TEHRAN, 11 MEI – Pihak berkuasa Iran hari ini telah melaksanakan hukuman mati terhadap seorang lelaki yang disabitkan kesalahan merogol seorang remaja wanita di wilayah utara Semnan, kata badan kehakiman.

    “Tertuduh itu, yang tidak dikenali, dihukum mati dengan cara digantung,” kata laman web badan kehakiman Mizan Online, tanpa memberikan butiran lanjut mengenai kejadian itu.

    Mizan melaporkan bahawa kes itu melalui undang-undang tradisi yang diperlukan.

    Republik Islam tersebut mengekalkan hukuman mati bagi beberapa jenayah, termasuk rogol dan serangan seksual.

    Iran melakukan bilangan hukuman mati tertinggi di seluruh dunia selepas China, menurut kumpulan hak asasi manusia termasuk Amnesty International.

    Pada Disember, pihak berkuasa Iran menghukum mati seorang lelaki yang disabitkan kesalahan menyerang berpuluh-puluh wanita di Tehran. – AFP

    Envato

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda