Friday, November 15, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki disyaki pembekal dadah diberkas

    LABUAN, 27 Feb – Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam membekalkan dadah kepada pengedar dan penagih dadah di sini, Sabtu lepas.

    Ketua Polis Labuan Supt Adzhar Othman berkata lelaki berusia 22 tahun dari Sabah itu ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Labuan.

    “Dalam serbuan di rumah tidak bernombor di Kampung Batu Arang 2, Jalan Arsat kira-kira 3 petang, polis turut menahan seorang teman wanita suspek berusia 35 tahun dari Labuan,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Beliau berkata dua paket plastik dadah seberat 90.18 gram dijumpai tersembunyi di dalam sebuah kotak telefon bimbit di dalam bilik rumah itu.

    “Berdasarkan siasatan awal, lelaki dari Kota Kinabalu itu datang ke pulau ini untuk membekalkan dadah, dan siasatan mengenai rangkaiannya juga diteruskan,” katanya.

    Suspek lelaki dan teman wanitanya disiasat di bawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1052. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda