LIMA, 13 APRIL – Seorang lelaki yang membakar bekas teman wanitanya hidup-hidup di dataran bandar di Peru telah dikesan di Colombia dan ditahan, kata kerajaan di Lima kelmarin.
Sergio Tarache Parra dari Venezuela, 19, dituduh menyiram Katherine Gomez berusia 18 tahun dengan petrol dan membakarnya di dataran tengah di Lima pada 18 Mac.
Dia telah berpisah dengannya beberapa hari sebelumnya.
Gomez dimasukkan ke hospital akibat melecur hingga 60 peratus badannya dan meninggal dunia selepas enam hari menderita dalam kes yang mengejutkan rakyat Peru.
Kementerian dalam negeri Peru berkata Tarache akan dipindahkan dari Colombia ke Peru untuk dibicarakan.
Kamera keselamatan menangkap penyerang Gomez yang melarikan diri dari tempat kejadian, dan polis Peru menawarkan ganjaran bersamaan AS$12,500 untuk maklumat yang membawa kepada penangkapannya.
Peru, sebuah negara berpenduduk 33 juta, mencatatkan 136 pembunuhan beramai-ramai pada 2022 dan jumlah yang sama pada tahun-tahun sebelumnya. – AFP


