Thursday, July 25, 2024
25 C
Brunei

    -

    Lelaki ditahan, buang mayat anak perempuan ke dalam terusan

    BERLIN, 9 OKT – Seorang lelaki telah ditangkap di barat Jerman selepas anak perempuannya yang berusia tiga tahun meninggal dunia yang dipercayai terkunci di dalam bilik bawah tanah, dan dia membuang mayatnya ke dalam terusan, kata pihak berkuasa, kelmarin.

    Lelaki Jerman berusia 40 tahun itu pergi ke balai polis di kampung halamannya, Dinslaken dan memberitahu pegawai bahawa anak perempuannya telah meninggal dunia dan dia kemudiannya telah membuang mayatnya yang dimuatkan dengan berat ke dalam terusan di Oberhausen yang berdekatan, kata polis dan pendakwa dalam satu kenyataan.

    Penyiasat percaya bahawa lelaki itu telah menutup anak perampuannya dalam sebuah bilik bawah tanah di sebuah bangunan apartmen selama beberapa hari, mungkin sebagai langkah pendidikan. Dia telah membekalkannya dengan makanan dan minuman dan memeriksa keadaannya berulang kali.

    Apabila dia memeriksanya kelmarin, dia sudah mati, kata kenyataan itu. Dia nampaknya telah membuang mayatnya ke dalam terusan petang itu. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pesawat bawa 19 penumpang terhempas di Nepal

    KATHMANDU, 24 JULAI - Sebuah pesawat penumpang yang membawa 19 orang terhempas semasa berlepas di Kathmandu pada hari Rabu dengan juruterbang terselamat tetapi ‘ramai’...