Saturday, February 22, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki ditahan cuba bawa keluar 9.6 tan gula

    TAWAU, 16 FEB – Cubaan seorang lelaki tempatan menggunakan sebuah bot kargo untuk membawa keluar 9.6 tan gula pasir ke sempadan negara gagal, apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada kedudukan 2.4 batu nautika selatan Batu 3, semalam.

    Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata pihaknya yang menjalankan operasi Pluto Timur dan operasi Tiris, mengesan bot kargo dipandu suspek terbabit bergerak dari arah Sungai Tawau menuju ke sempadan perairan negara kira-kira 8:30 pagi.

    “Pemeriksaaan dokumentasi mendapati, lelaki itu gagal mengemukakan sebarang permit berkaitan barang kawalan yang dibawa dan tiada sebarang pengikraran barangan dilakukan, selain semakan juga mendapati nama suspek juga tidak berdaftar di dalam lesen bot.” – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda