Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lelaki ditahan cuba culik anak damit

    HATAY, TURKIYE, 16 FEB – Polis Turkiye telah menahan seorang lelaki yang cuba mencuri seorang anak damit dari hospital di selatan Turkiye, lapor media negeri, susulan gempa bumi teruk yang melanda rantau itu.

    Gempa bermagnitud 7.8 mencetuskan huru-hara di tenggara Turkiye dan sebahagian kawasan Syria, membunuh hampir 40,000 orang dan meninggalkan jutaan kehilangan tempat tinggal di kedua-dua negara.

    Seorang lelaki berjalan masuk ke sebuah hospital menyamar sebagai ketua polis di daerah Samandag wilayah Hatay, kata agensi berita Anadolu semalam.

    Kakitangan hospital menyedari kad pengenalan polisnya adalah palsu dan menghubungi polis.

    Apabila pegawai menahan lelaki itu, mereka menemui kad pengenalan palsu polis dan tentera, emas dan wang dalam nilai lira, dolar dan euro berjumlah kira-kira AS$6,500, kata Anadolu.

    Agensi tidak memberikan maklumat mengenai anak damit itu.

    Beberapa ibu bapa di rantau itu telah meluahkan kebimbangan berhubung berita penculikan kanak-kanak. – AFP

    Seorang anak damit menerima rawatan dalam inkubator di sebuah hospital kanak-kanak di bandar Afrin, wilayah Aleppo, Syria. – AP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...