MOSCOW, 6 APRIL- Seorang lelaki yang menceroboh masuk dan mengurung dirinya di dalam bangunan Parlimen Kanada telah berjaya ditahan oleh polis tanpa sebarang insiden, menurut laporan agensi berita Sputnik dan RIA Novosti.
Polis Ottawa menyatakan semasa penahanan seorang lelaki tersebut, tiada sebarang kecederaan atau insiden tidak diingini dilaporkan.
Polis turut memaklumkan siasatan lanjut pada masa ini sedang dijalankan dan maklumat terperinci mengenai insiden itu akan dikongsi kemudian.
Terdahulu, pihak berkuasa juga pernah memaklumkan lelaki tersebut pernah mengurung dirinya di dalam bangunan Parlimen di Ottawa.
Kejadian dilaporkan bermula sebelum 3:00 petang waktu tempatan (7:00 malam GMT) dan bangunan parlimen turut dikosongkan sebagai langkah untuk berjaga-jaga. – Bernama
