Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki ditahan jual tanduk badak sumbu di media sosial

    JAKARTA, 29 OGOS – Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang lelaki yang cuba menjual gading gajah dan tanduk badak sumbu yang amat terancam melalui media sosial.

    Perdagangan hidupan liar haram kekal berleluasa di Indonesia, di mana penguatkuasaan undang-undang adalah lemah, tetapi lelaki ditahan itu boleh berdepan hukuman penjara 15 tahun jika sabit kesalahan, kata Kementerian Alam Sekitar dalam satu kenyataan lewat kelmarin.

    Polis Sumatera Selatan memulakan siasatan selepas melihat hantaran di Facebook awal tahun ini menawarkan bahagian badan hidupan liar yang dilindungi untuk dijual.

    Seorang lelaki berusia 60 tahun, yang hanya dikenali dengan huruf awalan ‘ZA’, ditahan minggu lalu semasa melakukan transaksi ketika cuba menjual tanduk badak sumbu dan paip yang diperbuat daripada gading gajah di Palembang, Sumatera Selatan.

    Polis menemui tujuh lagi tanduk badak sumbu dan sekurang-kurangnya empat gading gajah di rumahnya.

    “Nampaknya dia sangat berpengalaman dalam perdagangan hidupan liar,” kata Kementerian Alam Sekitar. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda