Tuesday, March 18, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki ditahan reman atas dakwaan mencuri

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Julai – Mahkamah Majistret memerintahkan seorang lelaki yang berdepan dakwaan mencuri dan melakukan kerosakan pada mesin ATM ditahan reman untuk siasatan.

    Mohd Suhaimi bin Mohd Sufri, 23, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Sultan Omar Ali, Seria pada 8 Julai 2017.

    Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman menetapkan 13 Julai untuk kes disebut semula.

    Pendakwaan dilakukan Tim-balan Pendakwa Raya, Nor’ Adliatul Hidayah binti Haji Zaidi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda