LONDON, 21 FEB – Seorang lelaki ditahan selepas menikam jemaah masjid dalam kejadian di ibu kota London, kata Polis Metropolitan. Menurut agensi berita Xinhua, polis dimaklumkan mengenai kejadian di masjid dekat Regents Park, London itu kira-kira 3.10 petang (1510 GMT). Seorang lelaki, berusia 70an ditemui cedera namun, keadaannya dilaporkan stabil, kata Polis Metropolitan di Twitter.