Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Lelaki ditangkap bakar kediaman gabenor Pennsylvania

    HARRISBURG, 14 APRIL – Seorang lelaki berdepan dengan pertuduhan selepas pihak berkuasa mendakwa dia telah memecah masuk ke kediaman rasmi Gabenor Pennsylvania pada tengah malam, lalu membakar kediaman gabenor tersebut sehingga menyebabkan kerosakan yang besar. Gabenor Josh Shapiro dan keluarganya, terpaksa mengosongkan kediaman tersebut.

    Pasukan bomba telah berjaya memadamkan api pada awal pagi Ahad dan tiada sebarang kecederaan telah dilaporkan. Menurut pihak polis, suspek, yang dikenali sebagai Cody Balmer, 38, telah ditangkap berhampiran kawasan tersebut pada petang hari yang sama.

    Pihak berkuasa berkata mereka sedang menyiasat bagaimana seseorang boleh melepasi kawalan polis untuk memecah masuk ke kediaman gabenor di Harrisburg. Kolonel Polis Negeri Pennsylvania, Christopher Paris berkata, kebakaran itu merupakan serangan yang dirancang dengan teliti tetapi menekankan siasatan masih diteruskan. Beliau tidak memberikan sebarang kemungkinan motif.

    Balmer didakwa memanjat pagar keselamatan besi setinggi kira-kira 7 kaki (2.1 meter) yang dipantau oleh kamera keselamatan, kata polis. Polis menyedari ada seseorang yang telah memanjat pagar dan memulakan pengejaran di kawasan tersebut, tetapi pada mulanya tidak menemui sesiapa.

    Pihak polis mendakwa Balmer telah memecah masuk bahagian selatan kediaman itu, lalu memasuki sebuah bilik yang sering digunakan untuk melayan orang ramai dan mempamerkan karya seni, dan membakar nya menggunakan peranti pembakar buatannya sendiri. – AP

    Josh Shapiro, di Harrisburg, pada 13 April. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...