Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki ditangkap susulan serangan siber di Lapangan Terbang Heathrow, Eropah

    LONDON, 24 SEPT – Polis Britain hari ini berkata, seorang lelaki berusia lingkungan 40an telah ditangkap selepas serangan siber yang menyebabkan masalah berterusan di lapangan terbang utama Eropah termasuk Brussels, Berlin dan Heathrow di London.

    Agensi Jenayah Negara Britain (NCA) berkata suspek dibebaskan dengan jaminan bersyarat selepas ditahan lewat kelmarin di West Sussex, tenggara England, kerana disyaki melaku kesalahan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer.

    “Walaupun penangkapan itu adalah langkah positif, siasatan mengenai kejadian tersebut masih di peringkat awal dan berterusan,” kata Timbalan Pengarah NCA, Paul Foster, dalam satu kenyataan.

    “Jenayah siber adalah ancaman global yang berterusan dan terus menimbulkan gangguan besar di UK,” tambah beliau.

    NCA berkata mereka memulakan siasatan selepas satu ‘insiden siber yang menjejaskan Collins Aerospace’ dilaporkan pada Jumaat lalu.

    Collins Aerospace membantu beberapa syarikat penerbangan di pelbagai lapangan terbang seluruh dunia dengan sistem daftar masuk dan penghantaran bagasi.

    Agensi keselamatan siber EU mengesahkan gangguan itu ‘disebabkan oleh insiden perisian jahat pihak ketiga.’

    Gangguan yang masih berlaku secara terhad di beberapa lapangan terbang Eropah hari ini telah menyebabkan pembatalan dan kelewatan penerbangan, terutamanya pada Sabtu. – AFP

    Penumpang beratur untuk mendaftar masuk di Lapangan Terbang Berlin Brandenburg BER Willy-Brandt susulan serangan siber di Schoenefeld pada 20 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda