Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lelaki ditemui maut di kandang zoo

    PAKISTAN, 7 DIS – Kakitangan yang sedang melakukan pembersihan rutin di dalam kawasan kandang harimau di sebuah zoo, di Pakistan, kelmarin telah menemui mayat seorang lelaki di kawasan tersebut, kata pihak berkuasa.

    Mayat itu ditemui di Zoo Sherbagh Bahawalpur di wilayah timur Punjab setelah kakitangan melihat sepasang kasut berada di dalam mulut salah seekor harimau.

    “Mereka menemui (binatang) mengigit sepasang kasut di mulutnya, semasa mereka membersihkan kandang-kandang di dalam zoo,” kata Zaheer Anwar, seorang pegawai kerajaan kanan di Bahawalpur, kepada media.

    “Kakitangan menjadi curiga dan kemudian mereka menemui mayat di dalam kandang,” katanya.

    “Kami membuat penilaian tindakan ini dilakukan oleh orang yang tidak waras,” kata Anwar.

    Gambar Freepik

    “Kakitangan semuanya di soal siasat.”

    Zafarullah, seorang pegawai perkhidmatan penyelamat 1122 di Bahawalpur, memberitahu AFP kaki mangsa telah dimakan dengan dahsyat.

    Menurut Zafarullah, identiti mangsa belum diketahui lagi dan masih dalam siasatan pakar forensik.

    Zoo itu diuruskan oleh Jabatan Hidupan Liar Punjab, manakala bayaran masuk bagi orang dewasa dikenakan sebanyak 50 rupee, menurut laman jaringannya.

    Jabatan itu belum mengeluarkan sebarang kenyataan. Zoo di Pakistan sering dituduh mengabaikan kesejahteraan haiwan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...