Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki ditemukan maut dalam kenderaan berkunci

    IPOH, 23 FEB – Seorang lelaki ditemukan maut dalam sebuah kereta yang berkunci di sebuah rumah di Taman Rapat Indah di sini, malam tadi.

    Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh menerima panggilan kecemasan pada 12:20 tengah malam dan tiba di lokasi kejadian kira-kira tujuh minit kemudian.

    “Setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati seorang lelaki terkunci di dalam kenderaan Perodua Myvi. Mangsa dipercayai telah membakar arang di dalam kereta berkenaan.

    “Anggota bomba bertindak membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas. Mangsa diberi rawatan awal oleh pihak petugas kesihatan yang berada di tempat kejadian namun telah disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan.

    Sabarodzi berkata mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada 1:13 pagi. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda