Oleh Ak Zaki Kasharan BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT –Seorang lelaki berusia 20 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, kelmarin, atas pertuduhan melakukan ugutan terhadap seorang remaja berusia 13 tahun. Mohamad Mazwan Safwan bin Jahari telah didakwa menghantar pesanan di Instagram kepada mangsa, mengugut untuk menyebarkan gambar mangsa yang disunting berbogel bersama nombor telefonnya