Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Lelaki Dusun Kadazan peluk Islam

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Seorang lelaki berbangsa Dusun Kadazan telah memilih Islam sebagai pegangan hidupnya dan melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislamannya yang berlangsung di Kampung Pengkalan Batu hari ini.

    Awang Kudiri bin Subing memilih nama Islam, Awang Muhammad Anwari Subing bin Abdullah setelah pengislamannya di hadapan pegawai dari Bahagian Pengembangan Dakwah (Pengislaman), Pusat Dakwah Islamiah (PDI).

    Majlis diserikan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, Dikir Marhaban dan Doa Selamat serta penyampaian cenderahati kepada saudara baharu.

    Menurut kenyataan daripada PDI, sejak awal tahun sehingga 1 September, seramai 303 orang memeluk Islam dengan 100 daripadanya adalah dari Daerah Brunei dan Muara.

    Awang Muhammad Anwari Subing semasa melafazkan Dua Kalimah Syahadah.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...